Our Story Test

a. Our Brand Story

Tercetusnya nama doana ini adalah dari Doa anak- anak. Dimana sewaktu itu seorang ibu perlu melawan tekanan ekonomi rentetan dari ekonomi krisis bercampur dengan membesar kan 4 orang anak pada waktu itu . Pn Rubiah percaya anak anak merupakan satu anugerah dan rezeki untuk beliau. dengan meletakkan nama doana bagaikan dorongan semangat pn rubiah untuk memperjuangan brand doana untuk terus berjaya.dan setiap kejayaan yang dimiliki demi melihat anak anak hidup selesa, pendidikan terjaga.

b. Our Heritage

Journey begins from warung to the world!

<1999
– Journey begins open warung roti canai RTE

2000-2004
– Homebased kitchen frozen & ready to eat

2004
– First factory frozen food

2004 – 2012
– Halal OEM export Dubai, Singapore, Brunei

2013- 2023
– Hypermarket supermarket TF Value Mart Sabah Sarawak Emart

2024 & after
– RTE Kiosk
– Reseller program & Online

How Doana Started?

1. Small Kitchen

Ini lah permulaan awal jenama DOANA..
pada tahun 1999, jenama doana bermula operasi di belakng rumah, yang awal nya hanya berkeluasan 40 kaki X 60 kaki sahaja.. yang di usahakan oleh arwah A Rahaman Bin Yahaya (pak ali) dan isteri beliau Pn Rubiah Binti mahmud( kak doana). Pada tahun – tahun sebelum nnya, dengan keadaan ekonomi gawat yang berlaku, dengan keadaan felda masa itu kelapa sawit sudah ditebang habis..

Mereka suami isteri berusaha untuk mencari rezeki untuk anak-anak yang masih kecil dan masih sekolah.. sebelum mereka mengorak langkah untuk memasuki bidang perniagaan ini.. mereka sudah mula berniaga warung di dalam felda air tawar 1, iaitu warong roti canai dan sarapan pagi..Kemahiran masakannya terbukti berjaya memikat hati pelanggan apabila dia memasak beberapa MEE HAILAM, ROTI CANAI, CHAR KUEY TEOW dan ROJAK ASMA yang paling sedap di sekitar Felda. Perniagaan berkembang pesat dengan sokongan daripada pelanggan setianya. itu adalah permulaan impian yang lebih besar.

selepas beberapa tahun, mereka memulakan suatu kerja baru di dalam bidang marketing.. mereka berjaya sehingga mereka dapat pingat tertinggi ketika itu.. sampai keluar negara..

Disaat mereka sudah mencapai apa yang ingin dipelajari didalam bidang itu mereka berhenti dan pada tahun 1999 bermulalah produk jenama DOANA. Pada mulanya mereka hanya membuat produk ROTI CANAI dan KARIPAP FROZEN secara kecil- kecilan.. pasarannya hanya di sekitar dalam felda air tawar 1 sahaja.. setelah beberapa bulan seterusnya. mereka merasakan mereka ingin memperluaskan lagi perniagaan mereka sehingga luar dari kawasan felda air tawar 1 ini..

Dengan Berbekalkan bakat yang mereka ada dalam bidang pemasaran dan pembuatan kuih.. mereka mula perniagaan ini. Pada masa itu mereka hanya beroperasi dengan pekerja 6 orang sahaja.. pekerja masa itu adalah penerokawati disekitar rumah.. pak ali akan memasarkan produk sekita felda-felda di kota tinggi dan bandar kota. Kekangan yang berlaku pada ketika itu adalah untuk menembus pasaran makanan frozen food bukan lah mudah, untuk meyakinkan pihak-pihak peniaga untuk menjualkan produk DOANA.

Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan kegigih mereka.. pasaran makin banyak, pekerja yang dahulu nnya hanya 6 orang sudah mengikat kepada 15 orang.. gambar di bawah nie semasa pekerjanya 16 orang sahaja.. jika permulaan bismilah adalah roti canai dan karipap, jika masa ini sudah bertambah produk donut, samosa,..

Pada tahun 2004 bermulalah langkah semakin besar dimana doana mula memulakan operasi di bebuah kilang di dalam felda air tawar 1, dengan bantuan jabatan pertanian dan pihak felda ketika itu banyak membantu doana dari segi pembelajaran dan mesin-mesin.. bermulalah semasa itu doana mengorak langkah ke luar negara

2. First Kilang

Beberapa tahun sudah menjalankan operasi di belakang rumah. Pihak felda telah menilai dan melihat bahawa DOANA boleh pergi jauh. Dengan itu, pihak felda telah menyediakan sebuah tapak untuk membina sebuah kilang.  

Tapak yang berkeluasaan 60 kaki x 200 kaki, Pihak doana telah membina permulaan dengan keluasa 40 kaki x 80 kaki dahulu. Alhamdullilah dengan adanya kilang ini, pihak doana dapat memberi pelbagai manfaat untuk orang sekitar.. rata- rata yang berkerja semasa ini adalah isteri – isteri peneroka dan peneroka felda yang ingin menambahkan pendapatan.

Apabila kilang ini siap sepenuhnya dalam masa 2 tahun iaitu pada tahun 2004, kami telah beroperasi sepenuhnya di kilang ini yang beralamat T/L JK 27, JALAN PERSISIRAN PADANG, FELDA AIR TAWAR 1, 81920 KOTA TINGGI, JOHOR.  

Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama antara pihak badan kerajaan seperti FELDA, JABATAN PERTANIAN, RISDA, FAMA, MARDI ketika itu yang banyak membimbing kami dari ZERO TO HERO, membimbing kami dari segi persijilan, mesin-mesin dan operasi supaya DOANA dapat bersaing dengan pasaran luar.

Pada 29 / 07 / 2004 bersamaan 11 j’akhir 1425. Hari bersejarah bagi DOANA yang mana doana telah dikunjungi oleh MENTERI BESAR JOHOR iaitu  Y.A.B DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN untuk merasmikan kilang tersebut, kami berbesar hati ketika itu, dapat menerima kunjungan beliau. Kami dapat memperkenalkan produk malayu makanan sejuk beku ketika itu kepada beliau dengan kerjasama semua warga felda yang membantu kami untuk menjayakan pada hari tersebut sangat-sangat lah kami hargai. Dari pihak ketua kampung , pihak felda, ahli-ahli gpw, ahli masjid,  exco pengerang, exco kota tinggi dan warga Felda Air Tawar 1 yang berhampas pulas untuk menjayakan program di hari tersebut.

Jika dahulu pekerja hanya 16 orang hingga 20 orang saja tetapi sekarang alhamdulillah pekerja hanya 30 orang termasuk staff. Alhamduliilah jugak semuanya masih lagi warganegara Malaysia.

Jika sahabat semua nak tahu.. Kebanyakkan mereka yang berkerja sekarang merupakan generasi ke dua felda. Mereka juga merupakan anak-anak atau sedara daripada generasi pertama iaitu mak-mak atau ayah mereka.. Ada dalam 10 orang generasi yang menyambung dari mak mak mereka yang dahulunya pernah berkerja disini.. Termasuklah pengusaha sendiri sudah diuruskan oleh generasi kedua doana. Kami menyambung apa yang diperjuangkan oleh generasi lepas.

Diantara mereka jugak ada yang sudah lebih 10 tahun berkerja bersama doana.. Mereka menjalankan tugas mereka dengan baik sekali.. Itu DOANA tidak sangkalkan.. Mereka super power  kami. Kami merupakan keluarga doana. Jatuh bangun kami tetap bersama.. Itulah nawaitul  doana awal bismillah. Bukan lah wang berjuta  yang kami cari.. Dengan pekerjaan ini kami dapat melihat mereka dapat menyambungkan anak belajar tinggi, memiliki kenderaan sendiri, dan menambahkan keinginan diri.. Walaupun badai menlanda ribut taufan mereka tetap berdiri teguh bersama kami, kekuatan mereka yang membuatkan doana masih teguh sehingga sekarang.. Mereka merupakan nadi kami.. Jasa mereka tidak pernah DOANA lupakan.

*NOTADOANA : ALLAH BAGI KITA HUJAN UNTUK TETAP BERDIRI TEGUH, TAPI ALLAH JUGAK BERIKAN PELANGI UNTUK KEJAYAAN DENGAN APA YANG DILALUI.

c. Our Identity

Company Vision

To be 100% Bumiputera, the largest Halal Muslim Currypuff Producer in Southeast Asia in 2025

Company Mission

Ensure market demand is always met with local & foreign demand in 2022

Company Principles

> Excellent Manufacturing Practices
> Simple, Convenient & Economical
> 'Taste like homemade food'

d. Awards & Certifications

e. Our Events

– Food Festival
– Doanacare

Scroll to Top